World Taekwondo Hanmadang 2026
4,261 Athletes from 61 Countries Participated
Hanmadang Korea 2026
Sin Chew Newspaper 22 August 2026
Pahang Representatives Bag 2 Gold Medals at World Taekwondo Hanmadang Championships
(Kuantan, 21st August 2026) Three taekwondo athletes from Pahang representing Malaysia achieved outstanding results at the “2026 World Taekwondo Hanmadang Championships,” bringing home 2 gold medals for Malaysia.
4,261 Athletes from 61 Countries Participated
The event took place from the 1st to the 5th of this month at the Kukkiwon in Seoul, South Korea. Honoured as one of the largest taekwondo association events globally, it attracted 4,261 athletes from 61 countries, competing across 15 events and 170 age/tier divisions.
Pahang sent 3 members from the Kuantan Taekwondo Club to represent Malaysia, including the club’s Chairman Tan Kim Chee, Deputy Chairman Hooi Yu Mun, and Treasurer Nabilah Ong.
The Pahang delegation delivered a stellar performance, with Tan Kim Chee clinching gold in the Back Kick event, while Hooi Yu Mun earned gold in the Power Breaking category.
These two achievements mark not only significant personal breakthroughs for both athletes, but also a brand-new milestone for Pahang taekwondo.
For Tan Kim Chee, this gold medal holds extraordinary meaning as it marks his first medal win at the World Taekwondo Hanmadang, reflecting years of dedication as both an athlete and coach.
Hooi Yu Mun similarly celebrated a breakthrough win, earning her first gold medal at this championship. As a student of Tan Kim Chee, her success showcases the effective inheritance of knowledge, discipline, and experience between coach and student.
This accomplishment demonstrates that Pahang taekwondo athletes possess competitive strength at a high level. It also highlights the vital role local taekwondo clubs play in nurturing talent, enabling local athletes to step onto the international stage and compete alongside top athletes worldwide.
Tan Kim Chee expressed gratitude to all supporting parties along the way, whose assistance enabled the team to smoothly participate in this international event.
The Pahang delegation hopes these results will inspire more young Malaysians to embrace taekwondo, pursue excellence, and continue striving for national glory in future international competitions.
(Kuantan, 21hb) Seramai 3 orang atlet taekwondo dari Pahang yang mewakili Malaysia telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam “Kejohanan Taekwondo Hanmadang Dunia 2026”, sekaligus membawa pulang 2 pingat emas untuk negara.
4,261 Atlet dari 61 Negara Mengambil Bahagian
Kejohanan ini berlangsung dari 1 hingga 5 haribulan ini di Kukkiwon, Seoul, Korea Selatan. Diiktiraf sebagai antara acara persatuan taekwondo terbesar di dunia, kejohanan ini menarik penyertaan seramai 4,261 atlet dari 61 negara untuk bertanding dalam 15 acara dan 170 kategori umur/peringkat.
Pahang menghantar 3 ahli dari Kelab Taekwondo Kuantan untuk mewakili Malaysia, termasuk Pengerusi Kelab Tan Kim Chee, Naib Pengerusi Hooi Yu-Mun, dan Bendahari Dr Nabilah Ong.
Kontinjen Pahang mempamerkan aksi memukau apabila Tan Kim Chee merangkul pingat emas dalam acara Tendangan Belakang (Back Kick), manakala Hooi Yu-Mun memenangi emas dalam acara Memecahkan Objek (Power Breaking).
Pencapaian cemerlang ini bukan sahaja merupakan kejayaan peribadi yang penting bagi kedua-dua atlet, malah membuka lembaran baharu buat sukan taekwondo di Pahang.
Bagi Tan Kim Chee, pingat emas ini amat bermakna kerana ini merupakan pingat pertama yang dimenanginya di Kejohanan Taekwondo Hanmadang Dunia, hasil titik peluh bertahun-tahun sebagai atlet dan jurulatih.
HOOI YU-MUN turut mencatat kejayaan berharga dengan merangkul emas pertamanya di kejohanan ini. Sebagai anak murid kepada Tan Kim Chee, kejayaannya membuktikan keberkesanan pemindahan ilmu, disiplin, dan pengalaman antara jurulatih dan pelajar.
Pencapaian ini membuktikan bahawa atlet taekwondo Pahang mempunyai keupayaan bersaing di peringkat tertinggi. Ia juga menonjolkan peranan penting kelab taekwondo tempatan dalam mencungkil bakat, seterusnya memberi peluang kepada atlet tempatan melangkah ke pentas antarabangsa untuk bersaing dengan jaguh dari seluruh dunia.
Tan Kim Chee turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan bantuan sepanjang perjalanan mereka, yang membolehkan pasukan bertanding dengan lancar dalam kejohanan antarabangsa ini.
Kontinjen Pahang berharap kejayaan ini dapat menyuntik semangat kepada lebih ramai anak muda Malaysia untuk menceburi sukan taekwondo, mengejar kecemerlangan, dan terus berjuang demi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa pada masa hadapan.